Whiskas Ocean Fish 1.2kg

Whiskas Ocean Fish 1.2kg

Smartheart Mother & Baby 1.1kg

Smartheart Mother & Baby 1.1kg

Whiskas Pocket Tuna 1.2kg

Whiskas Pocket Tuna 1.2kg

Whiskas Ocean Fish 1.2kg

was MYR15.90 Special Price MYR13.78
Availability: In stock
SKU
003051
Earn 100points for writing a review for this product

Overview
Genap satu tahun, si comel melangkah ke alam dewasa and ternyata ia memerlukan kadar nutrien yang berlainan, keperluan nutrient ini akan berubah sekali lagi bila umurnya mencecah 7 tahun.
Bagi kucing berunur 1-6 tahun, pastikan anda banyak bermain dengannya and memberikan makanan yang seimbang agar ia kekal langsing dan sihat. Kucing merupakan karnivor manakala manusia merupakan omnivore,oleh itu kucing memerlukan bekalan protein yang 4 kali lebih tinggi berbanding manusia. Kucing juga memerlukan 41 nutrient untuk mengekalkan kesihatannya. WHISKAS memahami keperluan nutrien kucing dan setiap produk WHISKAS direka khas untuk memastikan si comel dibekalkan dengan nutrient yang lengkap dan seimbang.

Features

Makanan kucing kering WHISKAS - Dewasa 1+ tahun
Direka khas untuk kucing berusia 1-6 tahun
Makanan yang 100% lengkap and seimbang, dengan 41 zat makanan
Dirumus dengan lemak asid omega 3 & 6 dan zink, untuk bulu yang sihat dan bersinar
Lengkap dengan Vitamin A dan Taurina, untuk penglihatan yang sihat
Kaya dengan protein daripada ikan sebenar, termasuk lemak, vitamin dan mineral, supaya si comel ceria dan bersemangat

Makanan kucing basah WHISKAS – Dewasa 1+ tahun
Direka khas untuk kucing berusia 1 tahun dan keatas
Makanan yang 100% lengkap and seimbang, dengan 41 zat makanan
Diperbuat daripada ikan segar yang lazat dan berkhasiat, yang pasti disukai si comel
Dirumus dengan lemak asid omega 3 & 6 dan zink, untuk bulu yang sihat dan bersinar
Lengkap dengan Vitamin A dan Taurina, untuk penglihatan yang sihat
Campuran antioksidan (Vitamin E dan Selenium) untuk membantu menguatkan system imun

Kedua-dua makanan kering dan makanan basah WHISKAS adalah 100% lengkap dan seimbang, tetapi untuk kebaikan optimum, adalah disarankan kedua-dua format disajikan. Makanan basah mengandungi lebih air untuk memastikan kesihatan saluran kencing dan kandungan kalorinya lebih rendah berbanding makanan kering. Makanan kering pula menyokong kesihatan gusi dan kebersihan gigi kucing dengan bentuk kibblenya yang unik. Kucing anda pasti seronok menikmati pelbagai perisa yang ditawarkan.

WHISKAS memahami keperluan and kegemaran semulajadi kucing pada setiap peringkat usia, dengan itu semua makanan kucing WHISKAS direka khas untuk memastikan si manja membesar dengan sihat dan ceria. Makanan kucing WHISKAS direka dan diuji oleh WALTHAM, UK, peneraju utama dunia dalam penjagaan and pemakanan haiwan peliharaan. Ia juga lulus dalam setiap ujian pemakanan kucing oleh Association of American Feed Control Officials (AAFCO), GMP (Good Manufacturing Practice), HACCP (Hazard Analysis and Critical Control Points), dan ISO 9001: 2008.

Write Your Own Review
Only registered users can write reviews. Please Sign in or create an account